Print
Hits: 1055

Visi, Misi dan Matlamat MATIF


Visi

Melahirkan generasi berilmu yang berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah serta mampu menjadi pendakwah dan pewaris ilmu Islam berteraskan Al-Quran dan Sunnah.


Misi

  • Mengekalkan dan menghidupkan sistem pengajian pondok tradisional yang berteraskan kitab-kitab turath.
  • Mendidik para pelajar dengan ilmu agama serta pembentukan akhlak dan adab yang tinggi.
  • Menyebarkan ilmu Islam kepada masyarakat melalui pengajian, dakwah dan bimbingan.
  • Melahirkan generasi ulama, pendakwah dan ilmuwan yang berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Matlamat

  • Memelihara kesinambungan tradisi pengajian pondok sebagai warisan keilmuan Islam.
  • Menyediakan pusat pengajian agama yang terbuka kepada pelajar tempatan dan antarabangsa.
  • Melahirkan insan yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.
  • Membentuk masyarakat yang mencintai ilmu serta mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan.