JOM BERSAMA MEMBANGUNKAN PUSAT PENGAJIAN PONDOK TRADISIONAL
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, Madrasah Taqribul Ikhwan Fi Futuhirrahman (MATIF) atau lebih dikenali sebagai Pondok Bukit Beirut, terus istiqamah dalam melahirkan generasi ulama dan cendekiawan muslim yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah sejak penubuhannya pada tahun 2009.
Pengenalan Ringkas:
Madrasah ini diasuh dan dipimpin oleh seorang ulama Kedah Darul Aman yang sangat berwibawa, Tuan Guru Badrulazhar Bakar. Tuan Guru merupakan Mudir MATIF yang gigih menuntut ilmu selama lebih 20 tahun di pelbagai pondok terkemuka, antaranya:
-
10 tahun di Madrasah Manabi'ul Ulum, Penanti, Pulau Pinang.
-
6 tahun di Pondok Kerisik, Fatani Thailand.
-
6 tahun di Pondok Pendang, Kedah.
-
Pondok Agung, Indonesia (Ijazah Hikam).
Antara guru-guru besar Tuan Guru termasuklah ulama tersohor dunia seperti Prof. Dr. Sayyid Muhammad Bin ‘Alawi Al-Maliki Al-Hasani dan Prof. Dr. Sa‘id bin Ramadhan al-Buthi.
Dengan kepakaran dan keikhlasan Tuan Guru, MATIF telah didaftarkan secara rasmi dengan JHEAIK pada tahun 2013 dan terus berkembang.
Perkembangan & Cabaran Terkini:
Sehingga tahun 2026, dengan hanya 5 orang tenaga pengajar sukarela, MATIF kini menempatkan seramai 236 orang pelajar yang terdiri daripada warganegara Malaysia, Kemboja dan Thailand. Semua pelajar TIDAK DIKENAKAN SEBARANG YURAN bagi memastikan pendidikan sampai kepada semua golongan, termasuk pelajar pemulihan.
Seruan Bantuan:
Bagi meneruskan perjuangan mulia ini dan memastikan keselesaan pelajar serta kelancaran pengajian, kami sedang giat menjalankan projek Pembinaan dan Pembangunan Infrastruktur Pusat Pengajian.
Oleh itu, kami menyeru kepada para dermawan, asatizah, ahli korporat, dan masyarakat umum untuk bersama-sama menyumbang. Setiap ringgit yang disumbangkan adalah saham akhirat yang tidak putus.
LINK KE PERANCANGAN PEMBANGUNAN MATIF
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi:

Rujukan: Infak MATIF
Maklumat Lanjut & Pertanyaan:
Ustaz Yassir (Pengerusi): 019-3810157
Zaini (Setiausaha): 012-2737792
“Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling memberi manfaat kepada manusia yang lain.” (Riwayat Ahmad)
“Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang melakukan kebaikan.” (At-Taubah: 120)
Alamat Madrasah:
Madrasah Taqribul Ikhwan Fi Futuhir Rahman,
Kg Mengkuang Ulu, Kuala Pegang,
09100 Baling, Kedah Darul Aman.
Terima kasih atas sokongan anda. Semoga Allah SWT memberkati harta, masa dan jiwa kita semua.