Piagam Pelanggan MATIF


Landasan Al-Quran

Madrasah Taqribul Ikhwan Fi Futuhir Rahman berpegang kepada prinsip bahawa setiap amalan dan usaha yang dilakukan hendaklah dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang melakukan kebaikan."

(Surah At-Taubah : 120)

Ayat ini menjadi panduan bahawa setiap usaha yang dilakukan dalam mendidik, membimbing serta menyebarkan ilmu hendaklah dilaksanakan dengan amanah dan ikhlas, kerana penilaian sebenar adalah di sisi Allah SWT.


Landasan Hadis

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling memberi manfaat kepada manusia yang lain."

(Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis ini, MATIF berusaha untuk menjadi sebuah institusi yang memberi manfaat kepada masyarakat melalui pendidikan agama, dakwah, serta pembentukan akhlak yang mulia.


Komitmen Kami

  • Menyampaikan ilmu agama Islam berteraskan Al-Quran dan Sunnah.
  • Mendidik pelajar dengan ilmu, adab dan akhlak yang mulia.
  • Memberi manfaat kepada masyarakat melalui pengajian, dakwah dan khidmat sosial.
  • Mengekalkan sistem pengajian pondok tradisional sebagai warisan ilmu Islam.
  • Melaksanakan amanah pendidikan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.

🌐 Jemputan Menyebar Luas Portal Rasmi MATIF

Dengan segala hormatnya, dipersilakan untuk bersama-sama menyebarkan pautan portal rasmi

Madrasah Taqribul Ikhwan (MATIF), Pondok Bukit Beirut.

Setiap kali jari jemari anda menekan butang "Kongsi", ketika itulah anda sedang mencatatkan sesuatu yang kekal di sisi Allah. Bukan sekadar info, tetapi investasi akhirat yang tidak akan lapuk ditelan zaman.

Semoga perkongsian ini membawa seribu satu keberkatan buat kita semua.

Klik di bawah Ini.

πŸ“’ Sila Kongsi di WhatsApp