Biodata Tuan Guru

Tuan Guru Badrulazhar Bakar

Mudir Madrasah Taqriibul Ikhwan Fi Futuhirrahman @ Pondok Bukit Beirut


Profil Ringkas

Seorang tokoh ulama negeri Kedah Darul Aman yang cintakan ilmu dan berpegang teguh kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah Assyairah Wal Maturidiyyah. Mengutamakan sistem pembelajaran bertalaqqi serta sistem tradisi dalam pengurusan dan penyebaran ilmu. Mahir dalam Ilmu Alat, Nahu, Sorof, Mantiq, Usuluddin, dan serta lebih 14 cabang ilmu lain. Aktif sebagai tenaga pengajar, mudir madrasah, penceramah bebas, dan pendukung Nahdlatul Ulama di Malaysia dalam menyebarkan dakwah serta pendidikan Islam.


Pengalaman / Perjalanan Menuntut Ilmu

  1. Menuntut ilmu dan berkhidmat di Madrasah Manabi'ul Ulum (Pondok Kubang Ulu) Penanti, Pulau Pinang selama 10 tahun.
  2. Menuntut ilmu secara bertalaqi di Pondok Kerisik, Fatani Thailand selama 6 tahun.
  3. Menuntut ilmu secara bertalaqqi di Pendang Kedah selama 6 tahun.
  4. Mengambil ijazah Hikam di Pondok Agung Indonesia.

Antara guru-guru beliau yang masyhur:

  1. Al-Allamah al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad Bin ‘Alawi Al-Maliki Al-Hasani

(Madrasah Al Malikiyyah, Makkah Al Mukarramah)

  1. As Syahid Asy-Syaikh Prof. Dr. Sa‘id bin Ramadhan al-Buthi (Turkiye / Syria)
  2. Tuan Guru Haji Ismail Bin Muhammad @ Baba Ismail Kerisik (Pathani, Thailand).

Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Awang @ Tok Guru Abdul Rahman Guar Kepayang

(Pendang, Kedah)

For Internal Use - For Internal Distribution Only


Pengalaman & Peranan dalam Dakwah

  1. A’wan Syuriah, Nahdlatul Ulama Malaysia sejak November 2021

(Ahli Penasihat dalam Dewan Ulama tertinggi Nahdlatul Ulama Malaysia)

  1. Pengasas & Mudir, Madrasah Taqribul Ikhwan Fi Futuhirrahman, Baling, Kedah (2007 – kini)
  2. Penceramah dan Pendakwah Bebas di Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand.
  3. Mengajar & mentarbiah di Bukit Aman selama 5 tahun.
  4. Pengajar, Madrasah Manabi’ul Ulum, Pondok Kubang Ulu, Penanti, Pulau Pinang selama 7 tahun

🌐 Jemputan Menyebar Luas Portal Rasmi MATIF

Dengan segala hormatnya, dipersilakan untuk bersama-sama menyebarkan pautan portal rasmi

Madrasah Taqribul Ikhwan (MATIF), Pondok Bukit Beirut.

Setiap kali jari jemari anda menekan butang "Kongsi", ketika itulah anda sedang mencatatkan sesuatu yang kekal di sisi Allah. Bukan sekadar info, tetapi investasi akhirat yang tidak akan lapuk ditelan zaman.

Semoga perkongsian ini membawa seribu satu keberkatan buat kita semua.

Klik di bawah Ini.

📢 Sila Kongsi di WhatsApp