Ringkasan Latar Belakang Madrasah Taqribul Ikhwan Fi Futuhir Rahman


Penubuhan Madrasah

Madrasah Taqribul Ikhwan Fi Futuhir Rahman ditubuhkan pada tahun 2009 di bawah pimpinan Ustaz Badrul Azhar bin Bakar. Pada peringkat awal penubuhannya, jumlah pelajar adalah seramai 70 orang dan kesemua mereka menumpang serta menetap di Madrasah Manabi'ul Ulum, Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Madrasah ini kemudiannya didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) pada tahun 2013.


Perpindahan ke Tapak Tetap

Pada tahun 2013, Madrasah Taqribul Ikhwan Fi Futuhir Rahman mula berpindah ke tapak tetapnya di Bukit Birut setelah sekian lama menumpang di Madrasah Manabi'ul Ulum, Bukit Mertajam.

Seramai 40 orang pelajar telah dipindahkan ke tapak binaan madrasah tersebut. Daripada jumlah tersebut, 39 orang merupakan pelajar warganegara Kemboja manakala seorang lagi merupakan pelajar tempatan.

Baki pelajar masih meneruskan pengajian di Madrasah Manabi'ul Ulum kerana kemudahan penempatan di tapak baru pada ketika itu masih belum mampu menampung keseluruhan jumlah pelajar.


Jumlah Pelajar dan Tenaga Pengajar

Sehingga tahun 2026, Madrasah Taqribul Ikhwan Fi Futuhir Rahman mempunyai seramai 236 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tempatan serta pelajar antarabangsa dari negara Kemboja dan Thailand.

Tenaga pengajar yang berkhidmat secara sukarela di madrasah ini pada tahun 2026 adalah seramai lima orang guru yang mengajar tanpa menerima sebarang gaji tetap.


Sistem Pengajian

Madrasah ini beroperasi sepenuhnya menggunakan sistem pengajian pondok tradisional yang mengekalkan kaedah pengajian kitab turath secara talaqqi. Pengajian di madrasah ini dijalankan tanpa mengenakan sebarang yuran kepada para pelajar.

Selain itu, pihak madrasah juga menerima pelajar yang menjalani pemulihan daripada masalah penagihan dadah mengikut kemampuan serta kemudahan yang tersedia di madrasah.


Aktiviti Tahunan Madrasah

  • Program bacaan Al-Quran, tahlil dan zikir sepanjang bulan Ramadan.
  • Sambutan Majlis Maulidur Rasul.
  • Program ibadah korban di Kemboja sempena Hari Raya Aidiladha.
  • Pengajian kitab terbuka kepada masyarakat umum pada setiap malam Jumaat.

🌐 Jemputan Menyebar Luas Portal Rasmi MATIF

Dengan segala hormatnya, dipersilakan untuk bersama-sama menyebarkan pautan portal rasmi

Madrasah Taqribul Ikhwan (MATIF), Pondok Bukit Beirut.

Setiap kali jari jemari anda menekan butang "Kongsi", ketika itulah anda sedang mencatatkan sesuatu yang kekal di sisi Allah. Bukan sekadar info, tetapi investasi akhirat yang tidak akan lapuk ditelan zaman.

Semoga perkongsian ini membawa seribu satu keberkatan buat kita semua.

Klik di bawah Ini.

πŸ“’ Sila Kongsi di WhatsApp